Selasa, 2009 November 03

Kuliyyah Bulanan



HUKUM HAKAM


1. Penjelasan tentang hukum 'harus'.

Jawapan: 'Harus' adalah perkara di mana bila kita buat tak dapat pahala dan jika ditinggalkan tak dapat dosa....Contohnya berdiri, berjalan dan sebagainya....


2. Hukum azan sambil bercakap.

Jawapan: Tak boleh...


3. Hukum seorang isteri rebonding rambut untuk suaminya.

Jawapan: Boleh asalkan dapat kebenaran suaminya dan rebonding itu untuk suaminya sahaja dan bukan untuk dipertontonkan. Juga rebonding itu bukan rebonding yang kekal selamanya....


4. Hukum menyertai Facebook.
Jawapan: Tak berdosa tapi kalau ada pilihan lain lebih baik dielakkan....


5. Memakai tangkal untuk tujuan perubatan dan kaedah perubatan.

Jawapan:Yang nabi ajar hanya bacaan ayat al-quran sahaja.takut kalau pakai tangkal menuju ke syirik..


*Minta pembaca tolong tegur kalau tersilap......untuk kebaikan bersama..

** Maklumat hukum ini diperolehi melalui kuliah bulanan yang didengari sendiri....


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Jumaat, 2009 Oktober 30

Syabas Bahrain!!!!!


PALESTIN


PLC puji ketegasan Bahrain melarang kerjasama dengan Israel


Sabtu, 31/10/2009 -Pengerusi Dewan Legislatif Palestin telah menyanjung keputusan parlimen Bahrain dalam mengeluarkan sebuah rang undang-undang yang melarang segala bentuk kerjasama dengan Israel dan menghukum sesiapa yang mengingkari dengan 10 tahun penjara. PLC membuat satu kenyataan pada hari Rabu bahawa parlimen Arab dan Islam harus mengikuti jejak langkah Bahrain dalam menjadi juara dalam menghapuskan entiti Yahudi.
PLC dipetik berkata bahawa tindakan boikot sangat diperlukan dalam menentang usaha-usaha Yahudinisasi oleh Zionis-Israel disamping tindakan mereka menceroboh Masjid Aqsa dan menduduki Baitulmaqdis serta memperketat pengepungan di Semenanjung Gaza. PLC berharap bahawa langkah Bahrain ini akan diikuti oleh para pemimpin parlimen Arab dan Islam untuk melindungi Aqsa dan Baitulmuqaddis dalam menghadapi serangan Zionis.


penterjemah : mujaheed929
YA ALLAH...SELAMATKANLAH PALESTIN BUMI SUCI DAN MUSNAHKANLAH ZIONIS!

Ayat Al-Quran Timbul Pada Bayi Rusia

KEAGAMAAN DAN KEMANUSIAAN



MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: “Allah ialah Pencipta segala yang ada.”.
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya.

Sumber: sukeri.islam

Isnin, 2009 Oktober 26

Terowong baru Israel bawah Masjid Al-Aqsa


(Terkini) Yayasan Al-Aqsa: Terowong baru Israel bawah Masjid Al-Aqsa.


Khamis, 08/10/2009 – Yayasan Al-Aqsa membongkar penjajah Israel telah membina terowong baru sepanjang 6 meter merentasi Masjid Al-Aqsa.Media Israel melaporkan kawalan keselamatan akan ditingkatkan hari Selasa pagi untuk satu upacara agama di Jerusalam. Setengah puak pelampau Israel menyeru agar meningkatkan aktiviti serangan ke atas Masjid Al-Aqsa.

"Ya Allah...Kau hancurkanlah Israel dan sekutu-sekutunya......Laknatilah mereka..."
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/penterjemah : anonymous

Sabtu, 2009 Oktober 24

MULTIMEDIA


LAGU PERBARISAN HARI SUKAN

Hari tu masa nak adakan sukan sekolah,agak pening jugak sebab masa hari raptai takdak lagu perbarisan..tanya tanya kawan lain yang tahun lepas punya depa taktau dok kat mana...

Dalam pening-pening tu balik cari kat internet la harapan terakhirnya.....Last-last jumpa semuanya ada 9 lagu tapi kami download 3 je.....so dah orang kongsi ngan kita jadi kami kongsi lak ngan hampa.....klik saje kat lagunye untuk download....





Selamat mendownload...

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA