IKLAN

Khamis, 29 September 2011

TIPS MEMILIH KAD KREDIT

Cakap pasal kad kredit....ramai yang takut..kata mereka..."aku takut nak berhutang nanti tak mampu bayar". Sebenarnya aku dah lebih kurang 10 tahun gunakan khidmat kad kredit ni... Dah bermacam susah dan senang kalau cakap tentang kad kredit ni....Sebenarnya pakai kad kredit ni bagus jika kita tahu menggunakannya untuk kebaikan dan kesenangan kita sendiri...Mari kita tengok apa tips2 untuk memilih kad kredit:-
1) Pastikan kad kredit itu mengikut prinsip Syariah(Islamik)
2) Gunakan kad kredit untuk perbelanjaan2 yang memang kita ada bajet bulanan untuk membayarnya seperti minyak, bil dan sebagainya.Memang perbelanjaan2 sebegitu kita ada bajet bulan kan? Kurangkan guna kad kredit untuk kehendak2 yang tiada dalam bajet bulanan(sekali sekala takper)
3) Jangan bayar bayaran minimum, kalau boleh bayar penuh....
4) Untuk kecemasan, jangan was2..gunakan sahaja kad kredit kerana ia memudahkan kita kembali.Misalnya perubatan, kereta dan sebagainya...
5) Buat perbandingan tentang fee(yuran), caj dan ciri2 yang ditawarkan oleh pengeluar kad kredit sebelum memilih kad kredit.
6) Terdapat sebahagian pengeluar kad kredit menyediakan pelbagai hadiah sebagai mempromosikan kad kredit mereka. Maka anda harus meneliti syarat2 yg dikenakan utk mendapat hadiah tersebut atau tunggulah kena denda jika tidak mematuhi syarat2 tersebut.
7) 
Untuk menarik perhatian anda, pengeluar kad kredit akan mengenakan yuran atau caj yg rendah pada tempoh tertentu. Kadar faedah permulaan yang rendah biasanya ditulis dengan saiz fon yang besar dan mudah dibaca dan kadang-kadang tanpa mempamerkan tarikh luput.
8) 
Kadar faedah selepas tamat tempoh pula tidak dinyatakan dengan jelas( fon kecil dan terdapat pada halaman terakhir pada borang permohonan)
9) 
Maka, anda perlu memahami syarat-syarat promosi dan menyedari bila tempoh promosi akan tamat kerana anda mungkin dikenakan caj seperti biasa atau pada kadar yang jauh lebih tinggi setelah tempoh tersebut berakhir.
10) 
Sila pastikan anda memilih kad kredit yang mengenakan fee/yuran yang lebih rendah dan memahami syarat2 atau terma2 yang telah ditetapkan.

Di bawah ini ada sebuah bank yang menawarkan kad kredit.Sila klik link di bawah jika anda inginkan maklumat lanjut...Sememangnya kad kredit berguna kepada kita jika BIJAK digunakan.Ingat, jangan biarkan kad kredit menguasai kita TETAPI kita yang menguasainya...Selamat malam!

KAD KREDIT HSBC AMANAH-MAKLUMAT LANJUT @ MEMOHON ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan